Glitters


LOVE AND CARE!

LOVE AND CARE!
TENANG & RILEKS!!!!! =)

Wednesday, August 17, 2011

~Dia Sahabatku, Ku Pinta~

Sahabat...
Apakah makna sahabat sebenar?
Adakah sekadar hiburan dan nama semata-mata?
Aku terkedu dalam khilafku...
Aku mencari dimana salah kenyataanku...
Aku sedar aku hanya perosak dunia mereka...

Kegusaran dihati yang bersarang ini xmampu ku bendung...
Atas nama sahabat aku berusaha...
Tanpa ku sedar, usahaku membuahkan nostalgia pahit dalam persahabatan...

Betapa ku setia sahabat...
Betapa ku peka keadaanmu sehingga aku tersilap...
Betapa khilafnya aku padamu kerana tanpa disengajakan aku melakukannya...
Betapa bodohnya aku hanya kerana aku seorang sahabat...

Jiwaku sakit sahabat...
Tatkala kutahu aku lah punca segala...
Tatkala ku sedar bahwa aku perosak segala...
Aku berduka kini wahai sahabat...

Ku mohon jauhi diri dariku...
Kerana aku benar faham erti sahabat...
Selagi kau terus rapat denganku, aku sentiasa menjagamu...
Walau ku tidak sedar itulah kesilapanku dalam menjadi seorang sahabat...

Ku mohon sekali lagi, jauhi dirimu dariku...
Aku hanya membawa malang pada dirimu...
Aku tak mahu lihat dukamu atas prihatinku...
Kerna kau saja yang tahu betapa aku setia dalam persahabatan...

Ku mohon jangan dilupakan kisah lalu kita...
Ku mohon jangan dibenci aku selamanya...
Ku mohon kau bahagia saat aku tlah tiada disisimu...
Kerna aku tidak mampu menjadi sahabat hanya sekadar nama sahaja...

No comments:

Post a Comment