Glitters


LOVE AND CARE!

LOVE AND CARE!
TENANG & RILEKS!!!!! =)

Tuesday, September 13, 2011

~I'm trying hard now!~

Mood : teringin nak jadi model muslimah...(berangan)

Huhu.. now, aku sibuk sangat.. yela da nk study week.. pastu final exam.. sakit sikit la nak hadap coz sem ni agak mencabar... Apa yang aku trying hard sangat tu? Ahha! mestilah tentang persahabatan.. Aku try untuk menjadi kawan yang baik.. At least aku try ok! Aku nak menggembirakan hati seorang kawan.. Sebab, aku sangat sayangkan kawan-kawan aku sampai aku tak sedar ada yang membenci aku dalam diam.. So, from now on, I'm trying very hard to make my friend happy... Aku bukan nak jadi lembu cucuk hidung ok! Aku tetap ada pendirian aku..
Sahabat pada aku sangat bermakna... Kerana bagi aku, ini bukan sekadar gelaran semata-mata... Ianya penuh dengan erti dan maksud yang mendalam bagi yang ikhlas dalam sesebuah persahabatan... Janganlah cemarkan persahabatan itu dengan keangkuhan, iri hati, kebencian, dan akhirnya kekesalan kerana kehilangan...
Aku tak nak ceramah banyak dah.. Esok aku ada lakonan nak kena presentkan... Hope my group get lucky day tomorrow.!!!

Wednesday, August 17, 2011

~Dia Sahabatku, Ku Pinta~

Sahabat...
Apakah makna sahabat sebenar?
Adakah sekadar hiburan dan nama semata-mata?
Aku terkedu dalam khilafku...
Aku mencari dimana salah kenyataanku...
Aku sedar aku hanya perosak dunia mereka...

Kegusaran dihati yang bersarang ini xmampu ku bendung...
Atas nama sahabat aku berusaha...
Tanpa ku sedar, usahaku membuahkan nostalgia pahit dalam persahabatan...

Betapa ku setia sahabat...
Betapa ku peka keadaanmu sehingga aku tersilap...
Betapa khilafnya aku padamu kerana tanpa disengajakan aku melakukannya...
Betapa bodohnya aku hanya kerana aku seorang sahabat...

Jiwaku sakit sahabat...
Tatkala kutahu aku lah punca segala...
Tatkala ku sedar bahwa aku perosak segala...
Aku berduka kini wahai sahabat...

Ku mohon jauhi diri dariku...
Kerana aku benar faham erti sahabat...
Selagi kau terus rapat denganku, aku sentiasa menjagamu...
Walau ku tidak sedar itulah kesilapanku dalam menjadi seorang sahabat...

Ku mohon sekali lagi, jauhi dirimu dariku...
Aku hanya membawa malang pada dirimu...
Aku tak mahu lihat dukamu atas prihatinku...
Kerna kau saja yang tahu betapa aku setia dalam persahabatan...

Ku mohon jangan dilupakan kisah lalu kita...
Ku mohon jangan dibenci aku selamanya...
Ku mohon kau bahagia saat aku tlah tiada disisimu...
Kerna aku tidak mampu menjadi sahabat hanya sekadar nama sahaja...

~Mood Raya~

Ni la dugaan hdp sbg student... Asal nak dkat raye je msti pkir nk raye da.. Even dlm kls pon, trkial2 sbb pe? Roh dah ada kat rumah.. Yg ada kat dalam kelas tu hanyalah jasad je.. hahahahahaha.. Tu la yg trjadi pada aku.... Berbunga-bunga mood raya atas kepala.. Tak sabar2... Even aku lom shopping raya lagi... Sbb slalunye aq akn shopping raye sehari b4 raya.. Semua harga runtuh seruntuh2nye.. hahahahaha syiookkkkk... hehehehe Jomput la shopping kek Sonawang yo.. Kek Dataran Sonawang tu hah.. Sobo sorobi longkap eh... Bobaloi-baloi lah...

~Udin Sedunia~

It is my first time listen to this song.. Klakar pn ade bile dgr.. hehehe.. Untuk ayahku yg bernama Muhamad Kamarudin... Atau nama mnjanya di kg, Ongah Udin... hahahahahaha

“ini lagu tentang sebuah nama..”
“kata orang udin nama kampungan”
“jadi lagu enak juga didengar”
“kalau gak percaya, simak dengan seksama”

“udin yang pertama, namanya Awaludin”
“udin yang suka di kamar, namanya Kamarudin”
“udin yang hidup di jalanan, namanya Jalaludin”
“udin penggembala, namanya Sapiudin”

“moooooo…”

“Udin Udin, namamu norak tapi terkenal”
“Udin Udin, walaupun norak banyak yang sukahahahaha..”

“Udin yang sering ke masjid, namanya Alimudin”
“Udin yang rajin berdoa, namanya Aminudin”
“Udin yang agak stress, namanya Sarapudin”
“Udin yang tidak stress, namanya Sadarudin”

“Udin Udin, namamu norak tapi terkenal”
“Udin Udin, walaupun norak banyak yang sukahahahaha..”

“Udin yang penjual nasi, namanya Nashirudin”
“Udin yang suka ke WC, namanya Tahirudin”
“Udin yang suka telepon, namanya Hapipudin”
“Udin yang jadi teroris, namanya!!!”
“UUUdin M Top!”

“Udin Udin, namamu norak tapi terkenal”
“Udin Udin, walaupun norak banyak yang sukahahahaha..”

“Udin yang terakhir… namanya Akhirudin…”

Thursday, August 4, 2011

~Dugaan Datang Melanda Bagai Halilintar~

Dugaan untukku pada bulan puasa ni amat mencabar dan terkadangnya menggugat keimananku. Aku hanya mampu menangis dalam menempuhi hari-hari berlalu. Pilu! Sangat perih hati ni menanggung luka yang mendalam. Apakah dosaku pada dirinya? Hina sungguh aku ni dipandangan semua. Ya Allah, hatiku benar parah sakitnya. Luka ini sangat mendalam. Aku tak sanggup kehilangannya tetapi aku juga tidak sanggup melihat perubahan sikapnya yang jauh berbeza dari dulu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau sahaja Maha Mengetahui apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi. Aku hanya mampu berdoa pada-Mu Ya Allah. Kuatkanlah imanku dalam menempuh ranjau kehidupan ini Ya Allah. Puasa tahun ini memberi aku banyak dugaan. Sehingga terkadang aku putus asa untuk meneruskan hidup ini. Hati yang perih tak mampu di ubati hanya sebentar waktu. Hanya Allah mengetahui perasaan lara ni. Hidupku berduka. Dua hari berturut-turut air mata ini mengalir dengan mudahnya. Benarlah kata pujangga, "luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu". Luka di tangan hanya sementara, tapi di hati ia mungkin menjadi lara. Sakit Ya Allah.. Sakiiiiitttttt... Itu saja rintihanku pada Yang Maha Esa.